Sign In
portfolio web templates



PENGENALAN

Pertandingan Video Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalan Raya adalah satu platform bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya. Pertandingan ini memberikan peluang khusus pada orang ramai untuk mengambil bahagian dalam sambutan ‘World Day of Remembrance for Traffic Road Victims’.


TEMA DAN GENRE

  1. Tema bagi video ialah ‘Life Is Not A Car Part’ dengan mengandungi salah satu atau lebih mesej dan amalan-amalan langkah keselamatan ketika menggunakan jalan raya seperti berikut:
  • Menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu.
  • Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
  • Mematuhi had laju di jalan raya.
  • Jangan memandu di bawah pengaruh alkohol atau ubat-ubatan.
  • Menggunakan topi keledar dan pakaian yang bersesuaian bagi penunggang basikal dan motosikal semasa berada di jalan raya.
  • Berwaspada terhadap pengguna jalan raya yang lain.
  • Memastikan keadaan tayar kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

HADIAH-HADIAH PEMENANG

  • Tempat Pertama: $2,000.00
  • Tempat Kedua: $1,500.00
  • Tempat Ketiga: $1,000.00
  • Video Pilihan Ramai: $500.00

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.
  2. Dibukakan kepada semua peringkat umur.
  3. Penyertaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan dan setiap penyertaan adalah percuma.
  4. Setiap penyertaan dibolehkan menghantar seberapa banyak video.
  5. Video hendaklah asli dan tidak disedut dari mana-mana terbitan dan tidak pernah dihantar kepada mana-mana production house mahupun stesen-stesen Televisyen.
  6. Hakcipta video adalah hakmilik peserta. Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) berhak untuk memaparkan mana-mana video yang menang atau tidak di mana-mana platform seperti laman web, pameran, mana-mana media yang berkaitan atau media sosial bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  7. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini semasa proses penghasilan video.
  9. Pihak penganjur berhak mengubah sebarang syarat dan peraturan dari masa ke semasa. 


KONSEP VIDEO

  1. Durasi video tidak melebihi satu (1) minit termasuk ‘opening’ dan ‘closing’ credit.
  2. Konsep video terbuka untuk animasi, footage video ataupun gambar.
  3. Format video yang diterima ialah format MPEG 4, AVI dan MOV yang boleh dimuat turun melalui internet dan telefon pintar dalam resolusi minima 1080p.
  4. Corak video adalah bebas dengan mengikut genre yang telah ditetapkan dan berkaitan dengan keselamatan jalan raya.
  5. Bahasa pengantar atau dialog adalah Bahasa Melayu (Brunei / Standard) ataupun Bahasa Inggeris.
  6. Corak video adalah berasaskan dan berlandaskan Melayu Islam Beraja.
  7. Hasil terbitan mestilah TIDAK memaparkan isu-isu sensitive atau kontroversi dari segi budaya, kaum, agama, politik, isu-isu perundangan dan perlembagaan negara.
  8. Cara menghantar penyertaan video adalah melalui e-mel kepada mkkjrbrunei@gmail.com dengan butir-butir seperti berikut:
    • Nama
    • No. IC
    • No. Telefon
    • E-mel
    • Pautan muat turun video sama ada menggunakan Dropbox atau Google Drive.

  9. Setiap peserta adalah digalakkan untuk memuat naik video penyertaan ke dalam Instagram persendirian dengan menggunakan hashtag rasmi iaitu #WDRvideo dan hendaklah memastikan akaun Instagram persendirian tersebut tidak private.

PENGHAKIMAN

  1. Keseluruhan video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan yang berikut:
    • Ketulenan / Keaslian
    • Kreativiti
    • Kualiti mesej yang disampaikan
    • Penyuntingan
    • Menepati tema dan genre

  2. Pemenang bagi kategori ‘Video Pilihan Ramai’  adalah berdasarkan oleh undian tertinggi orang ramai.
  3. Keputusan panel hakim adalah muktamad.


Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari www.mkkjr.gov.bn atau hubungi +673 2383838 sambungan 1178.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN: Hari Jumaat, 31 Januari 2020
Hari Jumaat, 31 Januari 2020