Sign In
portfolio web templates
Manage PermissionsManage Permissions

Program Kesedaran Keselamatan Kenderaan

06/03/2021
http://www.mkkjr.gov.bn/Images1/news/2021/March/WhatsApp%20Image%202021-03-06%20at%203.37.20%20PM.jpeg

​Sabtu, 22 Rejab 1442H / 6 Mac 2021 - Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah melancarkan Program Kesedaran Keselamatan Kenderaan pagi tadi diselajurkan dengan pelancaran e-buku Panduan “Understanding Your Vehicle” penerbitan Jabatan Pengangkutan Darat oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) selaku Pengerusi MKKJR di Dewan Atrium, Airport Mall, Berakas.


Program ini bertujuan untuk memberikan peringatan dan kesedaran kepada orang ramai khususnya pemilik-pemilik kenderaan dan syarikat-syarikat yang berkenaan mengenai penjagaan kenderaan dan isu-isu keselamatan kenderaan terutama seperti berikut:


i. Kesedaran mengenai bahaya kenderaan yang tidak diperiksa atau diselenggara dengan baik dan betul;

ii. Kesedaran mengenai bahaya kenderaan yang tidak diperiksa atau diselenggara di bengkel-bengkel yang tidak diiktiraf oleh mana-mana agensi Kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan;

iii. Penggunaan dan pengisian minyak bahan bakar dan mana-mana fluid seperti minyak enjin (engine oil), brake fluid, power steering fluid, coolant dan yang berkenaan yang diisikan pada kenderaan;

iv. Langkah-langkah yang patut dilaksanakan untuk mencegah terjadinya kebakaran kenderaan; dan

v. Isu-isu lain yang berkenaan termasuk pengubahsuaian kenderaan serta isu plat-plat pendaftaran kenderaan pudar.


Selain pelancaran program di atas, e-buku “Understanding Your Vehicle” juga turut dilancarkan sebagai panduan kepada orang ramai dalam penjagaan dan pemeliharaan kenderaan. Orang ramai bolehlah melayari laman web Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (www.mkkjr.gov.bn) bagi memuat turun e-buku tersebut.


Program ini juga diisi dengan forum khas secara maya bersama Dr. Khairil Anwar Abu Kassim, Ketua Pengarah Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) yang juga selaku Setiausaha Jeneral ASEAN New Car Assessment Programme (NCAP), yang membincangkan mengenai kepentingan penyelenggaran dan keselamatan.

Attachments