Sign In
portfolio web templates
Manage PermissionsManage Permissions

Pelancaran Pertandingan Menulis Storyboard Bagi Aplikasi Game Keselamatan Jalan Raya

01/09/2020

KENYATAAN MEDIA

PELANCARAN PERTANDINGAN MENULIS STORYBOARD BAGI

APLIKASI GAME KESELAMATAN JALAN RAYA


 

12 Muharram 1442 / 31 Ogos 2020

 

1.       Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) akan membukakan satu pertandingan menulis storyboard bagi aplikasi game keselamatan jalan raya mulai 1 September 2020 dan tarikh tutup adalah pada 30 September 2020 pada jam 2:00 petang.

 

2.       Pertandingan ini adalah bagi tujuan memupuk budaya keselamatan jalan raya dari usia muda lagi iaitu bermula dari usia enam (6) tahun melalui Aplikasi Permainan dalam talian (on-line games). Permainan dalam talian ini akan mendedahkan dan sekaligus mendidik serta membangun budaya bagi kanak- kanak mengenai aspek-aspek keselamatan di jalan raya.

 

3.       Dengan pendedahan aspek-aspek keselamatan jalan raya ini kepada kanak-kanak tersebut, adalah diharapkan mereka sendiri dapat menerapkan nilai-nilai keselamatan jalanraya bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada ibu-bapa serta keluarga mereka.

 

4.       Hadiah bagi pemenang menulis storyboard adalah seperti berikut:

 

BilKedudukanWang Tunai + Sijil Penyertaan
1JuaraBND$400 + Sijil Penyertaan
2Empat (4) peserta teratas yang lainBND$100 + Sijil Penyertaan

 

 

5.       Bagi maklumat lanjut, layari laman web : http://www.mkkjr.gov.bn/storyboard and untuk pertanyaan lanjut, sila emel kepada mkkjr@mtic.gov.bn.


Disediakan Oleh:

Unit Perhubungan Korporat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Bandar Seri Begawan BB3910

Negara Brunei Darussalam


Attachments