Sign In
portfolio web templates
Pertandingan Menulis Storyboard bagi Game Keselamatan Jalan Raya


1. Pendahuluan

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) berhasrat untuk memupuk budaya keselamatan jalan raya bermula dari usia enam (6) tahun melalui Aplikasi Permainan dalam talian (on-line games). Permainan dalam talian ini akan mendedahkan dan sekaligus mendidik serta membangun budaya bagi kanak- kanak mengenai aspek-aspek keselamatan di jalan raya. 

Dengan pendedahan kepada kanak-kanak tersebut, adalah diharapkan mereka sendiri dapat menerapkan nilai-nilai keselamatan jalanraya bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada ibu-bapa serta keluarga. 


2. Kriteria Penilaian

a) Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

b) Storyboard hendaklah asli dan tidak disedut dari mana-mana terbitan dan tidak pernah dihantar kepada mana-mana.

c) Bahasa pengantar atau dialog adalah Bahasa Melayu (Brunei / Standard) ataupun Bahasa Inggeris.

d) Hasil storyboard tidak memparkan isu-isu sentitif atau kontroversi dari segi budaya, kaum, ugama, politik, isu-isu perundangan dan perlembagaan negara.


3. Kriteria


​1
​Ketulenan / Keaslian (Originality)
​/5
​2
​Kefahaman konsep
Isi dan olahan 
Teknikal (Flow of the story)
​/5
​3
​Pengetahuan dan ketepatan fakta
Cadangan / Idea / Kreativiti
​/5
​4
​Gaya persembahan
Penggunaan bahasa yang tepat
Kualiti mesej yang disampaikan
​/5
Jumlah Keseluruhan
/20​


4. Terma dan Syarat Peraduan

Terma dan syarat peraduan mereka storyboard seperti berikut:

4.1 Peraduan mereka storyboard bermula pada 1 September 2020 dan berakhir pada 30 September 2020 pada jam 2:00 petang .

4.2 Peraduan ini dibukakan kepada orang awam termasuk murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah bawah. 

4.3 Mana-mana penyertaan storyboard hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Tidak ada had jumlah muka ‘storyboard’ yang ditulis tetapi adalah diharapkan ianya jelas dan tidak terlalu panjang. 

4.4 Jika perlu, peserta boleh menyertakan ilustrasi bergambar/lukisan untuk menggambarkan lebih jelas bagaimana permainan ini harus dimainkan. 

4.5    Cara menghantar penyertaan storyboard adalah melalui e-mel kepada mkkjr@mtic.gov.bn dengan butir-butir seperti berikut:
    • Nama
    • No. IC
    • No. Telefon
    • E-mel

4.6 Semua penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup dan akan terbatal secara automatik.

4.7 Urusetia berhak membatalkan mana-mana penyertaaan secara automatik jika melanggar terma dan syarat yang ditetapkan tanpa sebarang notis.

4.8 Pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

4.9 Keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad dan sebarang bantahan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

4.10 Keputusan dijangka akan diumumkan pada 25 November 2020. 


5. Hak Cipta 

5.1 Semua tulisan penyertaan dan pemenang adalah menjadi hak milik MKKJR. MKKJR berhak memindah, menambah baik dan mengemaskini storyboard serta memaparkan storyboard tersebut melalui media, program atau medium-medium yang difikirkan sesuai.

5.2 Penganjur berhak mengubahsuai storyboard yang menang tanpa persetujuan peserta berkenaan.


6. Hadiah 

6.1 Hadiah bagi pemenang menulis storyboard adalah seperti berikut:

​Bil
​Kedudukan
​Wang Tunai + Sijil Penyertaan
1
​Juara
​BND$400 + Sijil Penyertaan
​2
​Empat (4) peserta teratas yang lain
​BND$100 + Sijil Penyertaan


7. Perisian 

7.1 Storyboard” yang menang dirancang akan dijadikan sebagai sumber pembangunan (software development) satu aplikasi permainan dalam talian nanti. 

7.2 Permainan ini dihasrat untuk menjadi tarikan kepada kanak-kanak berusia (06 – 17 tahun). 

7.3 Perisian story board, antaralain mengandungi peringatan dan maklumat seperti berikut: 

7.3.1 Amalan-amalan yang perlu diterapkan, antaranya: 

7.3.1.1 Sebelum memulakan perjalanan, apakah yang perlu diperiksa pada kenderaan: 
a. Memastikan tayar dalam keadaan yang baik; 
b. Memastikan lesen kenderaan masih sah; 
c. Memastikan lesen memandu masih sah; 
d. Memastikan lampu-lampu isyarat kenderaan berfungsi dengan baik. 

7.3.1.2 Semasa berada dalam kenderaan dan hendak memulakan perjalanan: 

a. Memasang tali pinggang keledar ;
b. Memastikan Rear View dan Side Mirror dalam keadaan teratur dan selaras dengan pemandangan persekitaran; 
c. Membaca doa sebelum Memulakan Perjalanan 

7.3.1.3 Semasa berada di jalan raya 
a. Perlu mematuhi tanda-tanda jalanraya; 
b. Mematuhi had-had laju; 
c. Memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain; 
d. Mematuhi lampu isyarat;
e. Berhati-hati semasa memandu di selekoh / kawasan sekolah / zebra crossing; 
f. Tidak menggunakan telefon bimbit; 
g. Tidak memandu dibawah pengaruh ubat dan/atau minuman keras 

7.4 Storyboard ini di kehendaki dapat menerangkan bagaimana permainan yang dicadangkan di mainkan. Sebagai contoh ianya hendaklah meliputi senario-senario amalan harian dalam sebarang perjalanan samada ke sekolah atau tempat persiaran atau tempat membeli belah dan sebagainya. Soalan-soalan yang berkaitan dengan etika memandu serta aspek-aspek keselamatan semasa berada di jalan raya akan dikemukakan. Pemain akan mengumpul mata dengan menjawab soalan-soalan dengan tepat dalam senario-senario berkenaan. Misalnya apabila seseorang menjadi penumpang, apakah yang harus dibuat terlebih dahulu – antara jawapan diberikan untuk dipilih oleh pemain adalah jawapan tepat iaitu MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR. 

7.5 Permainan ini hendaklah tidak membosankan dan mempunyai tarikan dan ‘challenge’ yang berperingkat dan dimainkan dalam waktu tertentu dalam sehari untuk beberapa hari atau minggu sebelum permainan selesai. Permainan ini semestinya bukan sebagai one-off game

7.6 Permainan dalam talian ini berkonsepkan pengumpulan mata melalui pengetahuan mengenai peraturan-peraturan dan tanda-tanda jalanraya. Dengan demikian, Storyboard ini dikehendaki menerangkan bagaimana mata di kutip. Mata terbanyak yang dikumpulkan membolehkan pemain- pemain mendapatkan hadiah yang akan dimaklumkan kemudian. 


7.7 Disamping itu, pengumpulan mata juga tertakluk kepada pematuhan dan kefahaman peratuan jalanraya dalam senario tertentu dalam cerita permainan tersebut. Mata akan dikutip melalui setiap pilihan atau jawapan tepat kepada soalan-soalan dalam permainan tersebut.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila emel ke mkkjr@mtic.gov.bn.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 
Hari Rabu, 30 September 2020, Jam 2:00 Petang